Rezeki Allah s.w.t itu LUAS..Jangan pernah putus asa. Usaha selagi mampu, ada yang akan membantu ...

Di mana posisi cintamu???



Assalamualaikum n holaa kawan2
tengah buat apa tuu??
apa saja yg korang nak buat, buatlah asalkan korang bahagia..hehe
jangan buat yg sedih2 nanti xbhagia hidup...
kita masih berbicara tentang cinta
sorilah kalau ada yg boring
Bella sekadar berkongsi apa yg tahu saja..
Nak bermadah jap..:)

"Cinta umpama bunga di taman yg mekar,
hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria,
seandainya kamu tidak berbuat demikian,
layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yg sejati"

Jom tengok di mana letak posisi cinta korang:-

:94:Cinta Kilat
Ciri2..Mencintai seseorang itu kerana tertarik pada rupa parasnya yg menawan dan sempurna serta punya susuk tubuh yang diidamkan oleh setiap orang di dunia ini. Kebiasaannya berlaku dengan pantas tanpa disedari. Cinta pandang pertama termasuk dalam jenis ini.

:96:Cinta Mainan
Ciri2..Mempermainkan perasaan pasangan untuk kesenangan dan kepentingan diri. Misalnya hanya memerlukan pasangan untuk tujuan suka2 ataupun kerana mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang. Playboy n Playgirl here.

:94:Cinta Persahabatan
Ciri2..Ianya bermula dari sebuah persahabatan. Namun tanpa disedari lama-kelamaan perasaan yg menyenangkan timbul antara satu sama lain. Kedua-duanya terasa seperti saling memerlukan lebih daripada seorang sahabat dan dari situlah akhirnya timbul perasaan cinta serta sayang.

:96:Cinta Logik
Ciri2..Cinta itu wujud apabila merasakan akan mendapat keuntungan dari kelebihan seseorang itu. Misalnya kamu menerima si dia kerana kebijaksanaannya sebagai pelajar terbaik di Universiti. Secara xlangsung kelebihan itu membuatkan kamu popular.

:96:Cinta Mania
Ciri2..Cinta yg penuh posesif, cemburu dan manja berlebihan dengan pasangannya. Baginya cinta adalah satu tempat bergantung dan pasangan diperlukan untuk sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan.

:94:Cinta Buta
Ciri2..Cinta yg sanggup berkorban apa saja tanpa mengharapkan sebagai balasan daripada pasangannya. Paling penting adalah dapat memiliki orang yg dicintainya dan sentiasa dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat biarpun terpaksa merana.

Kat mana letak posisi cinta korang? dah baca?
Di mana pun letak posisi cinta tu asalkan korang bahagia.

"Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga"
:57:
twink twink

Terima kasih kerana sudi baca n komen entri ni..:)

0 mari menari bersama Bella:

copyright 2011 @ All right reserved by Iman Nabella