Iman Nabella

Rezeki Allah s.w.t itu LUAS..Jangan pernah putus asa. Usaha selagi mampu, ada yang akan membantu ...

Anda mahu bergaya? kami bantu!!!

Assalamualaikum ... Yup memang lama gila saya tak hadap blog ni..nampak sangat berhabuk dan tercari-cari mana nak tekan itu ini, ye lah berwajah baru kan.. So today saya tak nak panjang-panjang cerita sangat memandangkan komitmen pun dah makin bertambah... Saya nak ajak anda semua LIKE dan BERBELANJA di page fb kami: Luq&bell Wardrobe.. Di sini ada blouse, maxi dress, jubah, tshirt muslimah..Kiranya ALL IN ONE CENTER!!! Kami memudahkan anda untuk pilih pelbagai koleksi dalam satu kedai..ha macam tulah gayanya... Koleksi kami memenuhi keinginan anda untuk bergaya...Nak pergi date ke? event ke? majlis ke? kenduri ke? semua boleh.. Jadi apa tunggu lagi? Jom like dan berbelanja di Luq&bell Wardrobe.. FB page: https://www.facebook.com/pages/Luqbell-Wardrobe/231613200359741
Terima kasih kerana sudi baca n komen entri ni..:)

Bahagianya ada CINTA...

Assalamualaikum

Tengah cari idea..Apa aku nak taip ni..? Otak masih blur2..Xdapat berfungsi sebaiknya.. Macam baru lepas terjun bukit lak gayanya..Adoi..Ok2..Sebenarnya aku dah sangat lama xupdate blog yg comel ni..Ni pun aku baru tukar2 sikit yg patut2 ja (sebenarnya yg aku rajin ja, yg malas tu banyak)...Aku minat menulis ni..minat memerah idea tapi disebabkan komitmen pada belajar, jawatan, tugasan2, FB, Twitter dan sewaktu dgnnya, maka proses memerah idea dibiarkan terbengkalai...Menulis novel pun aku dah hentikan..Apatah lagi cerpen..Stop terus..Ok Bella stop!

Hari di petang yg indah, waktu yang sepatutnya sangat la mustajab untuk student2 yg xda kelas untuk merehatkan mata selama lebih dari dua jam kot..lamanya? lama ke? romate aku boleh je tido lebih dari 6 jam di siang hari..So aku kira normal la tu sebab romate aku ni burung hantu.. (tolong jangan marah saya eah romate kalau awak baca ni, kite gurau2 je dengan awak)..:)
Maka aku ambil masa macam ni untuk menaip sebanyak yg mungkin..

Dengan tajuk yg aku pilih hari ni, Bahagianya ada CINTA...Siapa sokong aku yg mengatakan ada cinta itu bahagia??? Angkat tangan kanan! yg xsetuju boleh angkat tangan kiri!..yg angkat dua2 tangan tu maknanya apa? Ok fikir sendiri.

Definisi cinta itu pelbagai…Cinta tu komitmen dua hati, naluri yang wujud dalam diri dan fitrah ingin menyayangi dan disayangi…Tu baru sikit, sebenarnya ada banyak lagi definisi cinta yang kita boleh dapat. Boleh Tanya uncle google. Beliau sangat brilliant kot..hahaha..ada kot lak..So bercinta xsalah andai di bawa ke jalan yang benar dan salah jika di bawa ke jalan yang salah… Ok faham kan apa yg aku cuba sampaikan…Kalau blur boleh baca lagi.

Setiap manusia pasti akan merasai cinta dalam dirinya..Hati yang suci murni lagi bersih berkilat tu mesti ingin rasa menyayangi dan disayangi..Itu naluri yg sangat normal..Perempuan untuk lelaki. Lelaki untuk perempuan. Jangan sebaliknya pula. Please Ok!!! Aku sayang kau. Kau sayang aku. Tapi bila aku sayang kau, kau sayang orang lain.Ok aku faham aku bertepuk sebelah tangan. Apa-apa pun disebabkan cinta tu bahagia. Aku masih mampu tersenyum bila tengok kau bahagia dengan orang yang kau sayang tu…(kalau jadi kat aku memang xsenyum la) haha kejam kau bella!..

Kadangkala aku terfikir..ada x cinta yang bahagia je dari mula kenal sampai penutup? Hurm macam xbest je bila ada kisah macam tu. Memangla bahagia tapi kadang2 kalau gaduh pun bahagia juga tu. Sebab da sesi pujuk memujuk, romantic romantika..ha bahagia kan?

Cinta sesame manusia tu perlu tapi jangan lupa cinta kepada Allah S.W.T tu sangat penting dan diutamakan. DIA hebat dalam mengaturkan perancangan hidup kita. Mana yang baik untuk kita capai bahagia n mana yang patut kita letak tepi n terus ke depan je..Kadang2 aku fikir (fikir lagi) kenapa dia temukan aku dengan lelaki ni sekarang, kenapa x dari dulu lagi sebab lelaki tu buat aku rasa sangat bahagia sekarang ni? Ha kenapa? Jawapannya mudah. DIA tahu Bila aku dan pasanganku harus ditemukan? Kenapa pasanganku itu yang dipilih untukku? Bagaimana cara kami merencanakan kisah cinta kami? …

Kalau kisah cinta kita semuanya berpandu pada jalan DIA..Pasti kita akan temu bahagia yg kita cari.. Yes tu yang aku nak cari dan aku percaya korang pun nak yg sama..! Manusia hidup dengan cinta. Cinta tu boleh bahagi kat Allah S.W.T. , Rasul, mama, ayah, adik beradik, kawan-kawan, pasangan dan sesiapa ja yg berhak terima cinta kita tu. Cinta mengeratkan hubungan sesame kita.

Bila ada cinta..Kita akan rasa bertanggungjawab, bekerjasama, jujur, setia dan sewaktu dengannya la.. Cinta tu pasti bahagia andai pasangan saling memahami, saling bekerjasama, segala saling-saling la boleh dilakukan untuk dapatkan cinta yang bahagia…

Aku ingat nak tutup dah la kata-kata aku ni.. Aku pun xtahu apa yg aku merepekkan dari mula tadi..Cinta ja kerja..Haha..Tapi bila sebut cinta mesti hati korang rasa excited kan?? Betul x? Jangan malu2 la…Tapi kenapa mesti hati? Kenapa x jantung ke? Limpa ke? Buah pinggang ke? Haha..ok xpatut. ! Sebab cinta tu dari mata turun ke hati..:)..Cinta tu dirasa di hati dan dizahirkan melalui perbuatan , xperlu diungkap selalu..(Itu yg aku rasa)..

Bagi menamatkan sesi ceramah pada petang panas terik yg bersilau ini aku nak kongsikan sikit kata-kata hikmah cinta yg aku rasa menarik…

1)Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

2)Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...

3)Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat...
Terima kasih kerana sudi baca n komen entri ni..:)

copyright 2011 @ All right reserved by Iman Nabella